Pada minggu hadapan iaitu pada 4-7 November 2024 Politeknik METrO Betong Sarawak akan mengadakan program Reruai Madani PMBS Gemilang di perkarangan dan fasiliti Politeknik METrO Betong Sarawak.
Antara intipati program ini ialah kursus-kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Pertandingan Sukan Badminton, Pertandingan Sukan Rakyat, Minggu Keusahawanan dan pengajian Am daripada Jabatan Kewangan , Demonstrasi Produk Pelancongan daripada Jabatan Pelancongan, gerai jualan usahawan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik yang akan disertai oleh Warga Politeknik METrO Betong Sarawak, Sekolah di sekitar daerah Betong dan juga komuniti masyarakat Betong.
Program yang julung kali dianjurkan ini adalah bagi mendekatkan institusi bersama Warga Politeknik METrO Betong Sarawak dan juga masyarakat Komuniti Betong di mana dapat menambahkan lagi perkongsian ilmu daripada institusi khususnya kepada masyarakat Komuniti Betong di samping dapat membantu ekonomi masyarakat komuniti Betong dan juga memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Politeknik METrO Betong itu sendiri.
Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis dan jangan lupa untuk menyokong gerai usahawan yang terdapat di dalam program ini.
-----------------------------------------
𝙇𝙞𝙠𝙚 | 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 | 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚 :
Laman Sesawang Rasmi PMBS : https://www.pmbs.edu.my/v3/
Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti : http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
Instagram PMBS : https://www.instagram.com/politeknikmetrobetong/
Facebook PMBS : https://www.facebook.com/PMBSEdu
Disediakan oleh:
Encik Amydisyukrie Bin Md Yusoff
Unit Komunikasi Korporat, PMBS