Perhatian kepada Alumni PMBS bagi sesi II 2021/2022 dan sesi I 2022/2023
Hebahan Pengisian Data Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG - TVET) bagi pelajar tamat pengajian pada Sesi II 2021/2022 dan Sesi I 2022/2023.
Anda dimohon untuk mengisi data soal selidik kajian pengesanan graduan (SKPG TVET) di link berikut https://graduan.mohe.gov.my/SKPG2023/.
Sistem telah dibuka pada 1 Julai 2023 sehingga 30 November 2023.
Sila pilih laluan masing-masing sama ada :
i. BEKERJA
Sebarang pekerjaan yang mendapat upah, keuntungan atau keuntungan keluarga sama ada bekerja sebagai:
a. Pekerja kerajaan / pekerja swasta (termasuk NGO)
b. Majikan
c. Bekerja sendiri
d. Freelance
e. Pekerja keluarga tanpa gaji/upah (babysitting, jaga kedai, buat kerja rumah, dan lain-lain)
* Bagi graduan yang memilih pilihan c. – d. mohon isikan nama majikan sebagai Nama Sendiri dan alamat rumah kediaman.
ii. TIDAK BEKERJA
Para graduan HENDAKLAH membawa bersama slip pengisian SKPG-TVET semasa majlis konvokesyen untuk menuntut skrol diploma anda (mohon rujuk contoh slip pengisian SKPG di ruangan lampiran).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Penyelaras Pengesanan Graduan PMBS, Puan Lydia Desmond Bangga.
#graduansesiII21/22&I22/23
Disediakan oleh :
Penyelaras Pengesanan Graduan PMBS
Puan Lydia Desmond Bangga