JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-EMPAT POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK TAHUN 2020
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik METrO Betong Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan atas kejayaan para lulusan (Sesi Disember 2018 dan Sesi Jun 2019) dan dengan ini menjemput para graduan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-Empat Politeknik METrO Betong Sarawak seperti berikut:
Tarikh : 28 Mac 2020 (Sabtu)
Tempat : Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong
3. Sehubungan itu, semua lulusan DIWAJIBKAN membuat pengesahan kehadiran pada laman sesawang http://spmp.pmbs.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp dan membuat pembayaran yuran konvokesyen sebelum atau pada 7 Mac 2020 (Jumaat). Panduan lulusan dan borang-borang berkaitan konvokesyen boleh didapati di laman sesawang Politeknik METrO Betong Sarawak. Sila muat turun borang-borang yang berkaitan dan bawa bersama borang tersebut semasa mengambil jubah.
**SILA MUAT TURUN DOKUMEN BAGI MAJLIS KONVOKESYEN KE-EMPAT TAHUN 2020 PMBS --> DI SINI
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia JK Graduan & lbubapa, Penganugerahan dan Persijilan, Politeknik METrO Betong Sarawak, Cik Halimatus Saadiah binti Kariya di talian 013-4622180.
5. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan para lulusan ke Majlis Konvokesyen Ke-Empat Politeknik METrO Betong Sarawak ini.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(SUHAILI BIN ALEH)
Pengarah
Politeknik METrO Betong Sarawak