PMBS Top Banner 2023

Pengenalan

Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) telah mula beroperasi pada bulan November 2012 dengan bilangan staf seramai 18 orang. Walaubagaimana pun, operasi sementara berpusat di Kampus Politeknik Kuching, Sarawak, Jalan Matang sehingga 19 Februari 2013.sebelum berpindah ke kampus tetap di Betong dan telah memulakan pengambilan pertama pelajar pada Jun 2013.

PMBS merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (Local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.

Penubuhan Politeknik METrO Betong Sarawak adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO Betong Sarawak akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance Learning (OVDL) dalam kerangka e-Learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.

PMBS mempunyai 2 buah Jabatan Akademik iaitu:
• Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti
• Jabatan Perdagangan

dan PMBS juga mempunyai 1 Jabatan Sokongan iaitu:
• Unit Pengajian Am

PMBS menawarkan program Diploma Kewangan dan Perbankan dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

Soalan Lazim | Peta LamanPenafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Untuk paparan terbaik, adalah disyorkan pelayar Google Chrome v59.+ and Mozilla Firefox v54.+ dengan resolusi 1920 x 1200 piksel.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 - 2025 Politeknik METrO Betong Sarawak. Designed by JoomShaper

Essential SSL