PMBS Top Banner 2023

Soalan Lazim

Untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan kemasukan ke Politeknik bagi pemohon lepasan SPM boleh membuat permohonan kemasukan melalui UPU Online yang biasa dibuka dari bulan Februari hingga April setiap tahun. Ambilan bagi kemasukan Disember pula dibuka dari September hingga Oktober melalui Portal Rasmi Politeknik iaitu http://ambilan.mypolycc.edu.my/

Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.60.

TIDAK. Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Work Based Learning adalah suatu kaedah pembelajaran yang melibatkan pelajar di industri secara langsung. Kaedah ini akan membolehkan pelajar mempelajari kursus-kursus tertentu secara langsung dari industri. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran terus dari industri dengan bantuan tenaga pengajar dari institusi dan industri.

PMBS menawarkan dua program iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kewangan dan Perbankan.

Tidak, PMBS tidak menawarkan kemudahan penginapan kepada pelajar. Namun, terdapat tempat untuk sewaan pelajar berhampiran dengan PMBS. Walaubagaimanapun, PMBS telah berusaha menyenaraikan contact person pihak yang ada menyediakan kemudahan rumah atau bilik sewa berdekatan dengan PMBS. Nombor yang boleh dihubungi boleh disemak di dalam portal berikut https://www.pmbs.edu.my/v3/index.php/info-rumah-sewa-dan-bilik-sewa-di-betong

YURAN PENGAJIAN : RM200 Setiap Semester.

BAYARAN PELBAGAI : Anggaran RM600.00 bagi pelajar semester pertama sahaja.

BIASISWA/PINJAMAN Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Yuran Pengajian (RM200.00) dibayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT. Bayaran Yuran Pelbagai (RM300) merujuk kepada kepada ketetapan Politeknik PMBS (untuk maklumat lanjut, sila hubungi no.telefon seperti tertera dalam surat tawaran) dibayar semasa Hari Pendaftaran. Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Politeknik tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran. Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum lapor diri di Politeknik. Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti pembayaran.

Pihak politeknik tidak menyediakan bantuan kewangan / pembiayaan sepanjang pengajian di Politeknik. Walau bagaimanapun, PTPTN menawarkan pinjaman di peringkat Diploma. Di samping itu, pihak penaja seperti JPA, Yayasan Negeri dan lain-lain badan korporat sedia menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Politeknik yang berkelayakan. Pihak politeknik membantu dalam menguruskan permohonan pinjaman dan sebagainya.

A comprehensive approach to organizing and operating an education system that is focused in and defined by the successful demonstration soft learning sought from each student.

Blended learning merupakan kaedah pembelajaran yang mana mengabungkan antara pembelajaran tradisional dan penggunaan teknologi komunikasi seperti Internet untuk tujuan pembelajaran.

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO).

1.Warganegara Malaysia

2.Memiliki SPM atau setaraf

3.Lulus Bahasa Melayu

4.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)

5.Lulus Bahasa Inggeris

6.Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

i. Mathematics

ii.DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

iii.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Lulusan selain SPM.

1.Warganegara Malaysia

2.Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3.Lulus Bahasa Melayu

4.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)

5.Lulus Bahasa Inggeris

6.Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik

7.Lulus pengajian peringkat Sijil Politeknik Tahap 3, KKM/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO).

1.Warganegara Malaysia

2.Memiliki SPM atau setaraf

3.Lulus Bahasa Matematik

4.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)

5.Lulus Bahasa Inggeris

6.Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

i. Bahasa Melayu

ii.DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

iii.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Lulusan selain SPM.

1.Warganegara Malaysia

2.Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3.Lulus Bahasa Melayu

4.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)

5.Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

6.Lulus pengajian peringkat Sijil Politeknik Tahap 3, KKM/ Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.

Pengambilan pelajar dilakukan sebanyak 2 kali setahun iaitu Sesi Jun dan Sesi Disember. Bagi permohonan sesi Jun, pemohon boleh melayari laman sesawang http://upu.moe.gov.my/ manakala permohonan sesi Disember pula boleh dibuat melalui laman sesawang http://ambilan.mypolycc.edu.my/

Ya. Anda boleh mengikuti Program Diploma lepasan sijil kolej Komuniti di Politeknik METrO Betong Sarawak mengikut Program-Program yang tersenarai. Untuk Syarat Kelayakan Masuk dan cara permohonan bagi Semua Program Lulusan Sijil Kolej Komuniti, sila rujuk maklumat terkini di portal Bahagian Pengurusan Politeknik KPT,http://ambilan.mypolycc.edu.my/

Secara umumnya, pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan.

Ya, pelajar - pelajar baru diwajibkan menjalani Minggu Suaikenal selama satu (1) minggu sejurus selepas pendaftaran.

Salinan dokumen/ sijil yang telah disahkan seperti berikut:

- Surat Tawaran Program Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi

- Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP)

- Salinan Kad Pengenalan

- Salinan Sijil Kelahiran

- Slip Pembayaran Yuran Pengajian

- Salinan Sijil atau Slip Keputusan SPM/SPMV

- Salinan Sijil Berhenti Sekolah

- Dokumen Kokurikuum Yang Berkaitan

- Surat Akuan / Testimonial dari Sekolah (jika berkaitan)

- 2 keping gambar berukuran passport

- Borang Maklumat Peribadi (HEP1 – HEP 6)

- Borang Kad Matrik

LELAKI

o Berkemeja lengan panjang dan bertali leher

o Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam

o Tali pinggang berwarna hitam – corak dan kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.

o Kasut bertutup penuh. Kasut sukan tidak dibenarkan.

o Memakai sarung kaki dengan sempurna

o Rambut dipotong pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

o Belakang rambut tidak menyentuh paras kolar baju, rambut paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan rambut depan tidak menyentuh paras dahi

PEREMPUAN

o Berbaju kurung, blaus labuh melepasi paras punggung

o Bertudung dan melepasi paras bahu bagi yang beragama Islam.

o Pakaian hendaklah sopan, dan tidak menjolok mata seprti jarang, ketat, pendek, berbelah, nipis atau mendedahkan mana-mana bahagian sensitif di tubuh badan adalah tidak dibenarkan

o Kasut bertutup penuh.

o Memakai sarung kaki dengan sempurna

o Rambut disikat atau diikat dengan kemas dan tidak diwarnakan.

NOTA PERINGATAN

Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar atau skirt jeans atau pakaian dari fabrik denim, topi, baju “T” tanpa kolar, seluar pendek, seluar sukan dan selipar semasa mendaftar.

Soalan Lazim | Peta LamanPenafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Untuk paparan terbaik, adalah disyorkan pelayar Google Chrome v59.+ and Mozilla Firefox v54.+ dengan resolusi 1920 x 1200 piksel.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 - 2025 Politeknik METrO Betong Sarawak. Designed by JoomShaper

Essential SSL